Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 02, 2020 1:03:12 pm

Rakyat Pulau Pinang yang dikasihi.

Salam sejahtera kepada anda semua. 

Ini hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kita kini berada dalam PKP Tahap 2. 

Ini bermakna, kedua-dua kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri akan melaksanakan PKP dengan lebih tegas berbanding Tahap 1 sebelum ini. 

Pagi ini, saya dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri bahawa tangkapan terhadap individu yang ingkar PKP masih lagi berlaku, dan bagi pihak berkuasa tempatan (PBT), tindakan penutupan premis perniagaan juga akan terus dilaksanakan terhadap pemilik yang gagal mematuhi arahan PKP. 

Dengan ini, saya sekali lagi menyeru, tegaskan dan berharap agar rakyat Pulau Pinang akan terus mengikut arahan, duduk di rumah, kurangkan pergerakan keluar rumah serta amalkan penjarakan sosial. 

Terima kasih kepada anda yang cekal mematuhi arahan. Mengikut Ketua Polis Negeri juga bahawa Negeri kita telah mencapai 95 peratus pematuhan PKP sehingga semalam, 1 April 2020. Saya percaya kita boleh mempertingkatkan lagi pencapaian kita dan capai 100 peratus. 

Dalam pada itu, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang begitu bermurah hati menghulurkan derma wang, barangan dan lain-lain kelengkapan kepada kempen Lawan COVID-19 serta Tabung Covid-19 Pulau Pinang. 

Sebagai makluman, stok tempahan 6 juta pelitup muka atau face mask yang diumumkan oleh saya sebelum ini kini telah tiba secara berperingkat. Pada minggu ini, sebanyak 200,000 helai pelitup muka akan mula diserahkan kepada pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pejabat-pejabat daerah, agensi-agensi Persekutuan yang merupakan barisan hadapan (frontliners) dalam ‘pertempuran’ melawan wabak ini. 

Bagi rakyat Pulau Pinang, ADUN kawasan masing-masing akan mengedarkan kepada mereka yang memerlukan dari semasa ke semasa. Pada minggu hadapan juga, apabila stok fasa kedua sampai, pengedaran akan dibuat secara adil dengan memberi keutamaan kepada barisan hadapan dan juga komitmen Kerajaan Negeri kepada golongan rakyat yang memerlukan. 

Bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), we are only carrying out critical services to ensure 24 / 7 good quality water supply to all Penangites as follows:-

    1. Raw water abstraction.
    2. Water treatment.
    3. Water Distribution.
    4. Pipe repair works.
    5. Water supply reconnection.

Due to the on-going MCO and current dry weather conditions, PBAPP is optimising the water releases from Air Itam Dam and Teluk Bahang Dam in order to ensure continuous water supply until the rainy season in April and May as announced by the Jabatan Meteorologi Malaysia dated 25 Mac 2020.

PBAPP personnel are working 24 / 7 to supply water to all Penangites and requests everyone to use water wisely to wash hands often and carefully.  The water to be used to maintain good personal and home hygiene.  Together, we can stop the spreading of Covid-19 in the Penang State.

Semalam saya telah berjumpa dengan seorang jurutera muda anak Pulau Pinang bernama Louis Ooi. Louis, yang mana beliau dan pasukannya yang juga anak jati negeri ini telah mereka cipta semula pelindung muka ataupun face shield yang digunakan oleh warga perubatan kita. Face shield yang telah memperoleh pengiktirafan daripada pakar perubatan di Hospital Pulau Pinang tersebut adalah lebih selamat, lebih selesa dipakai, lebih murah dan juga lebih mudah untuk dihasilkan. 

Umumnya, saya berasa amat bangga dengan pencapaian kelompok jurutera muda yang dicungkil serta diasah bakat-bakatnya menerusi jaringan platform STEM hasil inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Penang Science Cluster ini. Sebagai makluman, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM60,000 untuk membiayai kos penghasilan 2,000 face shield tersebut setiap hari untuk tempoh masa sebulan. Ini adalah bagi menampung penggunaan produk berkaitan di semua hospital serta klinik kerajaan di Pulau Pinang.

Secara keseluruhan, dengan ikhlas saya nyatakan bahawa saya amat menghargai segala sumbangan serta sokongan yang diberikan semua pihak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga ke hari ini. Dalam masa susah kita melihat semangat kekitaan dan kemanusiaan yang amat terserlah. Sekalung penghargaan dan terima kasih semua. 

Sebelum saya mengakhiri mesej hari ini, saya ingin mengumumkan sumbangan kelengkapan-kelengkapan perlu daripada:-

(i) Konsulat China di Pulau Pinang

(ii) XSD International Paper

(iii) The Government of Quangang District, Fujian Province

kepada Kerajaan Negeri dan Hospital Pulau Pinang. Terima kasih semua. 

Tough times will make us tougher, Penang Lawan COVID-19!

CHOW KON YEOW

Back to top