Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 31, 2020 6:32:00 pm

Menyahut pelaksanaan Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan Negeri akan menghentikan perkhidmatan bas CAT membabitkan laluan CAT 1A, CAT 1B dan 200 (meliputi laluan kawasan Air Itam dan Farlim) bermula ESOK, 1 April 2020. Manakala bagi bas CAT laluan-laluan lain, ia masih dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh pihak Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 24 Mac 2020.

Sebagai alternatif, penduduk di kawasan berkaitan boleh menaiki bas laluan 201 dan 202 yang akan beroperasi semula dengan frekuensi perjalanan setiap 30 minit untuk perjalanan secara terus ke Komtar dan Weld Quay (jeti). 

Bagi laluan BEST FIZ, hanya laluan A dan C sahaja akan terus beroperasi dengan sebuah bas setiap laluan manakala BEST FIZ B dan perkhimatan bas perantara (feeder) untuk perkhidmatan ini juga tidak akan beroperasi bermula 2 April 2020. Adalah menjadi komitmen Kerajaan Negeri bahawa pengurangan tersebut tidak akan membebankan mereka yang tiada kenderaan serta masih perlu bertugas.

Bagi mengetahui lokasi bas dan maklumat-maklumat lanjut berkaitan, sila muat turun aplikasi Rapid Penang Journey Planner daripada GooglePlay atau hubung talian Hotline Rapid Penang, 04 – 255 8000. 

Sementara itu, hasil daripada mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri tadi, di bawah Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 1 April 2020 hingga 14 April 2020, adalah dimaklumkan bahawa pasar awam akan dibenarkan beroperasi bermula pada jam 6 pagi hingga 12 tengah hari manakala pasar borong, 4 pagi hingga 10 pagi. 

Dalam pada itu, saya menyeru kerjasama semua rakyat Pulau Pinang untuk terus bersama-sama Kerajaan Negeri membasmi penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Sama-sama kita tempuhi, bangkit!

*

Penang Lawan COVID-19.

CHOW KON YEOW

Back to top