Mesej Takziah YAB Ketua Menteri

Mar 22, 2020 7:45:00 pm

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) ekoran jangkitan wabak COVID-19 sebagaimana diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi. 

Dengan laporan kematian pertama tersebut di Pulau Pinang, jumlah kes dicatatkan di negeri ini adalah sebanyak 58 kes berdasarkan statistik KKM bertarikh 22 Mac 2020 sehingga jam 12 tengah hari. 

Justeru, saya berharap anda semua mengambil serius akan keadaan kita sekarang. Saya sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir bulan ini (31 Mac 2020). Kita perlu bersabar dan terus mematuhi arahan. Hanya dengan kerjasama semua rakyat Pulau Pinang baharulah kita boleh melawan wabak ini. 

CHOW KON YEOW

Back to top