Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1

Feb 19, 2021 2:29:20 pm

Salam sejahtera rakyat Pulau Pinang yang saya kasihi. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua barisan hadapan yang bekerja keras melindungi kita sejak tahun lalu sehinggalah ke saat ini. Kita kini berada di gelombang ketiga dalam menempuhi pandemik COVID-19, justeru segala data, fakta saintifik dan tindakan yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kepentingannya. 

Pulau Pinang merupakan negeri berdensiti padat. Kelima-lima daerah di negeri ini masih berada dalam zon merah dan saringan massa adalah amat perlu dijalankan secara menyeluruh membabitkan warganegara dan juga bukan warganegara bagi memastikan kita betul-betul memutuskan rantaian perebakan wabak ini. Kita perlu terus bersama-sama dalam menempuhi pertempuran getir ini. 

Tiada yang dipinggirkan. Kerajaan Negeri pada 21 Januari lalu telah memperincikan lima (5) kumpulan sasaran penerima pertama Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0 berjumlah RM10 juta daripada jumlah keseluruhan RM20 juta yang diperuntukkan. Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK/Exco) yang bersidang pada 17 Februari lalu telah memutuskan sebahagian lagi bantuan kepada 19 golongan serta institusi paling terkesan meliputi kepelbagaian sektor dengan implikasi kewangan RM8.41 juta di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1. 

Umumnya, Kerajaan Negeri sedar bahawa pembukaan semula ekonomi tidak bermaksud ekonomi akan pulih seperti sediakala. Justeru, sumbangan bantuan menumpukan golongan paling terkesan ini adalah bagi meneruskan usaha memperkukuhkan ekonomi negeri Pulau Pinang dengan mengupayakan golongan pekerja untuk berdiri semula, meneruskan usaha menjaga diri, keluarga serta membangunkan negeri melalui produktiviti. Malah, pada masa sama adalah bagi membolehkan kelangsungan perniagaan di negeri ini dengan memastikan ekonomi negeri akan terus dibangunkan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dalam kata mudah, kelima-lima Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang diwujudkan sehingga kini adalah bertujuan untuk meletakkan wang ringgit ke tangan golongan terkesan, ke pasaran dan ke industri tersasar. Perincian bagi Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1 adalah seperti berikut:-

(i) Geran pensijilan halal berjumlah RM320 kepada usahawan mikro baharu dan sedia ada melalui Penang Halal International.

> Anggaran 900 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM288,000; 

(ii) Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang berdaftar dengan Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA) Pulau Pinang bagi membantu pihak berkaitan membiayai sebahagian kos pendigitalan operasi dalam usaha meningkatkan penyertaan dalam perkhidmatan Perniagaan ke Perniagaan (business-to-business,  B2B) marketplace.

> Anggaran 1,000 penerima dengan implikasi kewangan RM1 juta;

(iii) BKK RM500 secara one-off kepada pengusaha kegiatan sukan dan aktiviti kecergasan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

> Anggaran 194 penerima, implikasi kewangan berjumlah RM97,000; 

(iv) BKK RM500 secara one-off kepada pengendali perkhidmatan spa bergerak (mobile spa).

> Membabitkan anggaran 63 penerima dengan peruntukan berjumlah RM31,500; 

(v) Insentif makanan ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi unggas, ruminan dan khinzir di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. 

> Anggaran 1,088 penerima bakal menerima manfaat dengan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM574,424; 

(vi) BKK RM500 secara one-off kepada pemandu bas/van persiaran, kereta sewa/limosin pelancongan.

> Membabitkan anggaran 351 penerima dengan implikasi kewangan RM175,500; 

(vii) BKK RM500 secara one-off kepada pemandu pelancong berdaftar.

> Anggaran 1,367 penerima dengan jumlah RM683,500; 

(viii) BKK RM500 secara one-off kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) di Pulau Pinang.

> Anggaran seramai 23 penerima bakal menerima manfaat berkaitan dengan jumlah RM11,500; 

(ix) BKK RM500 secara one-off kepada pengusaha kuda rekreasi Pulau Pinang.

> Membabitkan anggaran sembilan (9) penerima dengan jumlah RM4,500; 

(x) BKK RM500 secara one-off kepada pengusaha kantin dan kafeteria di institusi pengajian tinggi (IPT) awam/swasta/kolej/institut latihan.

> Anggaran 500 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM250,000; 

(xi) Bantuan peralatan kesihatan dan penyediaan kelengkapan Program Imunisasi COVID-19 Negeri Pulau Pinang.

> Implikasi kewangan berjumlah RM2 juta; 

(xii) BKK RM5,000 secara one-off kepada pusat jagaan kanak-kanak/warga emas/orang kurang upaya (OKU)/perlindungan wanita di Pulau Pinang.

> Anggaran 104 pusat berkaitan dengan jumlah RM520,000; 

(xiii) BKK RM1,000 secara one-off kepada operator lokasi-lokasi pelancongan.

> Anggaran 60 penerima dengan jumlah RM60,000; 

(xiv) BKK RM1,000 secara one-off kepada kuil-kuil berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

> Anggaran 83 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM83,000; 

(xv) BKK RM1,000 secara one-off kepada Rumah Ibadat Bukan Islam berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

> Membabitkan anggaran 539 penerima dengan jumlah RM539,000; 

(xvi) BKK RM1,000 secara one-off kepada surau berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

> Anggaran 600 penerima dengan jumlah RM600,000; 

(xvii) BKK RM500 secara one-off kepada guru-guru sekolah agama rakyat berdaftar di bawah JHEAIPP.

> Membabitkan anggaran 935 penerima dengan jumlah RM467,500; 

(xviii) BKK RM500 secara one-off kepada Pemegang Tauliah Mengajar berdaftar dan diperakukan oleh JHEAIPP.

> Anggaran 55 penerima dengan jumlah RM27,500; 

(xix) Program kerjasama pintar dengan penyedia platform marketplace digital commerce.

> Anggaran 15,000 penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM1 juta;

Umumnya, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1 adalah melibatkan implikasi kewangan bernilai RM8,412,924 dengan 22,871 penerima. Sila rujuk maklumat lanjut di laman web rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, penang.gov.my.

Secara keseluruhan, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1 merupakan usaha pemberdayaan bukan hanya kepada sektor pelancongan, malah juga terhadap pembangunan platform pendigitalan keusahawanan yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negeri Pulau Pinang dengan tidak mengabaikan kepentingan agama, sosial kemasyarakatan, agroteknologi sebagai jaminan keselamatan rantaian makanan, kepentingan sukan dan kesihatan awam secara menyeluruh. 

CHOW KON YEOW

_____________

槟州首席部长曹观友

2021年2月19日于乔治市光大发表文告

亲爱的槟州人民,大家好。

感谢那些从去年到现在一直为保护我们而辛勤劳动的所有前线工作者。目前我们正处于第三波新冠肺炎疫情之中,因此,卫生部所举列的科学根据和行动决定都具有其重要性。

槟城是一个人口密集的州属。州内5县全都沦为红区,因此,为了确保我们真正阻断疫情的传染链,我们有必要对公民和非公民进行全面筛检。我们必须团结对抗这场激烈的战斗。

没有人将被边缘化。州政府于1月21日推出总值2000万令吉的槟州人民援助配套3.0,其中1000万令吉派发给5个目标群体。昨天召开的槟州行政议会议决,将通过总额841万令吉的槟州人民援助配套3.1,进一步援助19个涵盖各个领域的最受影响群体和机构。

州政府意识到,重新开放经济并不意味着经济就会恢复如初。因此,为了强化槟州的经济,希望此次援助可以协助最受影响群体重新出发,好让他们拥有能力继续照顾自己与家庭,并通过启动生产力发展槟州。实际上,这同时也是为了推动州内业务的连续性,以确保州内经济可在行动管制令(PKP)后得以继续发展。

简单来说,到目前共推出的5个槟州人民援助配套旨在把款项送到受影响的目标群体、市场和行业手中。槟州人民援助配套3.1的详情如下:-

(i) 通过槟城清真国际有限公司(PHI)提供小型商家320令吉的清真认证奖掖。

> 料900人受惠,涉及金额为28万8000令吉;

(ii) 发放一次性1000令吉特别援助金予注册于马来西亚中小型企业商会(SAMENTA)槟州分会的中小型企业,以协助相关方承担部分的数字化运营费用,提高B2B电子商务的参与度;

(iii) 一次性发放500令吉特别援助金予向地方政府注册的体育及运动业者 。

>料194人受惠,涉及金额为9万7000令吉;

(iv) 一次性500令吉特别援助金予流动性美容服务业者。

>料63人受惠,涉及金额为3万1500令吉;

(v) 提供在槟州兽医局管辖下的传统家禽及反刍动物畜牧业者饲料奖掖。

>料1088人受惠,涉及金额为57万4424令吉; 

(vi) 一次性500令吉特别援助金予旅游巴士/旅游客货车、出租车及豪华旅游出租车司机。

>料351人受惠,涉及金额为17万5500令吉;

(vii) 一次性500令吉特别援助金予注册导游。

>料1367人受惠,涉及金额为68万3500令吉; 

(viii) 一次性500令吉特别援助金予槟城水上活动业者(watercraft operator)。

>料23人受惠,涉及金额为1万1500令吉;

(ix) 一次性500令吉特别援助金予槟城休闲马场业者。

>料9人受惠,涉及金额为4500令吉;

(x) 一次性500令吉特别援助金予公立大专、私立大专、学院及培训机构的食堂业者。

>料500 人受惠,涉及金额为25万令吉;

(xi) 槟州接种疫苗计划的医疗器具和设施。

>涉及金额为200万令吉;

(xii) 一次性5000令吉特别援助金予槟城托儿所、安老院、残障中心、妇女保护组织。

>料104中心受惠,涉及金额为52万令吉;

(xiii) 一次性1000令吉特别援助予旅游景点业者(Tourist Attraction Operators)。

>料60人受惠,涉及金额为6万令吉; 

(xiv) 一次性1000令吉特别援助予在社团注册局下注册的寺庙。

>料83单位受惠,涉及金额为8万3000令吉;

(xv) 一次性1000令吉特别援助予在社团注册局下的非伊斯兰宗教场所。

>料539单位受惠,涉及金额为53万9000令吉;

(xvi) 一次性1000令吉特别援助予槟州伊斯兰教事务局(JHEAIPP)下的祈祷室。

>料600单位受惠,涉及金额为60万令吉;

(xvii) 一次性500令吉特别援助予在槟州伊斯兰教事务局(JHEAIPP)注册下的宗教学校教师。

>料935人受惠,涉及金额为46万7500令吉;

(xviii) 一次性500令吉特别援助予槟州伊斯兰教事务局(JHEAIPP)教学证书的持有者。

>料55人受惠,涉及金额2万7500令吉;

(xix) 与数码商务(marketplace digital commerce)平台供应商的智能合作计划。

>料1万5000人受惠,涉及金额为100万令吉;

此次援助预料惠及2万2871个人或单位,涉及金额为841万2924令吉。欲知更多详情可浏览槟州政府官方网站penang.gov.my。

总体而言,槟州人民援助配套3.1 除了扶持旅游业,同时协助作为国家生产总值支柱的企业,发展数字化平台,这同时涵盖了宗教、社会、农业技术与食品链安全、体育和健康的整体利益。

曹观友

Back to top