Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Jan 16, 2021 10:31:15 pm

Menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pagi tadi.

Ditegaskan bahawa kuasa eksekutif Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikekalkan dan tidak dijejaskan oleh proklamasi darurat.

Walau bagaimanapun, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri berkenaan.

Walaupun Ordinan Darurat ini memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk menguruskan pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan, namun rakyat tidak ingin melihat apa-apa tindakan yang akan menghakis sistem demokrasi berparlimen kita.

Keperluan mengisytiharkan darurat juga harus dilihat sebagai suatu keperluan untuk menilai semula strategi serta pendekatan digunakan sepanjang masa kini yang mana masih belum dapat membebaskan negara dan rakyat daripada ancaman virus ini.

CHOW KON YEOW

Back to top