Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 12, 2020 1:58:12 pm

Negeri kita mampu mengawal perebakan wabak COVID-19 dalam tempoh PKP setakat ini. Tiada sebarang kluster baru telah direkodkan di Pulau Pinang, dan Pulau Pinang mempunyai kes per 100,000 penduduk yang kedua paling rendah di Malaysia. Kita perlu terus bekerja keras!

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 11, 2020 3:42:21 pm

Memasuki Fasa Ketiga PKP, Kerajaan Negeri faham akan segala kesusahan serta kesulitan yang dihadapi rakyat di negeri ini. Umumnya, Kerajaan Negeri komited dan sedang mengkaji dengan lebih mendalam berhubung pelaksanaan beberapa pelan peningkatan termasuk pada aspek ekonomi, emosi dan sosial demi kepentingan semua komuniti di negeri ini yang mana akan saya kongsikan dalam tempoh masa terdekat.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 10, 2020 1:32:10 pm

Memasuki minggu terakhir Fasa Kedua PKP, mesej saya pada hari ini adalah lebih kepada perkongsian saya sebagai seorang individu, suami, seorang ayah dan juga seorang pemimpin.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 09, 2020 1:07:34 pm

Berkali-kali saya tegaskan sebelum ini bahawa jangan terlalu leka dengan angka-angka ini kerana pertempuran ini adalah sebuah maraton dan bukannya larian pecut yang hanya berakhir dalam tempoh masa singkat. Kita masih perlu dan terus bekerja keras. Jangan sesekali menanam sifat sambil lewa bahawa kita sudah boleh ‘relax’ akibat dikaburi oleh angka-angka berkaitan. Please do not think that we have done it, we must continue to work hard.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 08, 2020 1:55:55 pm

Persidangan DUN akan dilaksanakan seperti berikut: Pertama, persidangan akan dipendekkan kepada setengah hari dan tiada istiadat kawalan kehormat akan diadakan. Keduanya, perasmian persidangan akan dimulakan dengan amanat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri. Ketiga, Ketua Pembangkang dijemput untuk membuat ucapan beliau. Keempatnya, Ketua Menteri akan memberikan kenyataan Ketua Menteri atau Chief Ministerial Statement.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 07, 2020 1:30:27 pm

Realitinya, Kerajaan Negeri melihat sektor PKS ini sebagai rakan kongsi yang sentiasa bersama-sama Kerajaan Negeri dalam membangunkan Negeri Pulau Pinang. Sektor PKS penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti, inovasi dan seterusnya menyumbang kepada kemakmuran rakyat serta Negeri ini.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 06, 2020 12:35:00 pm

Kerajaan Negeri bersiap-sedia untuk menghadapi hari-hari yang akan datang termasuk untuk membina semula Negeri kita pasca-PKP ini. Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan sentiasa menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 05, 2020 12:33:03 pm

Tiada lagi penerbangan antarabangsa ke Pulau Pinang kini ekoran pembatalan oleh semua syarikat penerbangan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Bagi proses kuarantin terhadap penumpang dari luar negara, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menyatakan bahawa penumpang luar negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) walaupun penduduk Pulau Pinang sekalipun, perlu dikuarantin di Kuala Lumpur dan tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 04, 2020 1:05:39 pm

Walaupun pusat khidmat wakil rakyat ditutup bagi mematuhi PKP, wakil-wakil rakyat, ahli-ahli (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), semuanya tidak pernah berhenti memberikan perkhidmatan kepada rakyat di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 03, 2020 3:40:37 pm

Kerajaan Negeri faham akan kesusahan yang diharungi oleh rakyat Pulau Pinang, justeru, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menghulurkan segala bantuan dengan kadar segera. Saya mensasarkan bahawa menjelang minggu ke-2 bulan April, kita akan capai 100 peratus penyempurnaan bayaran Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 02, 2020 1:03:12 pm

Terima kasih kepada anda yang cekal mematuhi arahan. Mengikut Ketua Polis Negeri juga bahawa Negeri kita telah mencapai 95 peratus pematuhan PKP sehingga semalam, 1 April 2020. Saya percaya kita boleh mempertingkatkan lagi pencapaian kita dan capai 100 peratus.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 01, 2020 2:17:39 pm

Saya berjanji, semua Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang akan disalurkan dengan secepat mungkin kepada kumpulan sasar dalam bulan April ini. Kerajaan Negeri akan sentiasa bersama-sama anda untuk mengharungi segala cabaran dalam tempoh sukar ini.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 31, 2020 6:32:00 pm

Menyahut pelaksanaan Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan, Kerajaan Negeri akan menghentikan perkhidmatan bas CAT membabitkan laluan CAT 1A, CAT 1B dan 200 (meliputi laluan kawasan Air Itam dan Farlim) bermula ESOK, 1 April 2020. Manakala bagi bas CAT laluan-laluan lain, ia masih dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh pihak Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 24 Mac 2020.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 30, 2020 2:28:00 pm

Sebagaimana saya nyatakan sebelum ini, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang ini direka agar kita boleh mengurangkan proses birokrasi. Kerajaan Negeri telah ada data hampir semua kategori terlibat dan wang akan MULA disalurkan pada bulan APRIL 2020 kepada semua penerima. Saya telah meminta semua jabatan-jabatan terlibat untuk menyegerakan proses ini bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat kini.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 29, 2020 12:40:38 pm

Saya berharap para peniaga dan orang awam jangan sesekali memandang ringan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Pihak berkuasa termasuk polis, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang masih berdegil. Ini adalah untuk kebaikan kita semua.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 28, 2020 1:07:00 pm

Saya telah menghubungi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Muhamad Yusoff Mohd. Noor bagi menjemput beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh saya. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab terhadap pengurusan isu COVID-19. Kita sama-sama lawan Covid-19 tanpa mengira politik, kaum dan agama.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 27, 2020 12:32:36 pm

Lazimnya, saya berasa amat bangga bahawa di Pulau Pinang, ada banyak pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, dan individu-individu yang bermurah hati yang ingin menghulurkan bantuan kepada golongan susah dan kurang mampu.  Ramai yang telah meluahkan niat, malah ada juga yang telah menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyiapkan makanan, menghantar barang keperluan, membersihkan kawasan awam dan sebagainya.  Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada anda semua.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 26, 2020 12:32:00 pm

Kita sedar bahawa kemungkinan ada yang tercicir daripada pakej bantuan khas yang diumumkan, itulah sebabnya Kerajaan Negeri memperuntukkan RM30 ribu kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk digunakan sebagai dana bantuan kecemasan kepada rakyat di kawasan mereka. Semua ADUN termasuk ADUN pembangkang akan menerima jumlah yang sama.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Mar 25, 2020 3:05:00 pm

Baru sebentar tadi, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Kerajaan Negeri sebenarnya sudah bersiap-siaga untuk menghadapi senario ini. Umumnya, Kerajaan Negeri telah membuat perancangan daripada segi sumber manusia, logistik serta bekalan untuk memastikan impak paling minimum terhadap rakyat dan negeri Pulau Pinang. Justeru, saya berharap kita semua akan kekal bertenang, kekal bersabar dan kekal bersatu berdepan cabaran ini.

Back to top