Bolehkah mesyuarat diadakan?

Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta di pejabat, hotel, pusat konvensyen dan sebagainya DIBENARKAN dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Adakah pusat jagaan kanak-kanak, tabika, tadika dan taska boleh beroperasi?

Pusat jagaan kanak-kanak, tabika, tadika, taska dibenarkan beroperasi mengikut SOP SEKTOR PENJAGAAN SOSIAL (TASKA)

Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial DIBENARKAN mengikut SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS KERAJAAN & SWASTA dan SOP AM PELAKSANAAN MAJLIS SOSIAL.

Adakah kelas tuisyen/kelas muzik/kelas bahasa dibenarkan beroperasi?

Dibenarkan. Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbayar dan sebagainya.

Saya perlu menduduki peperiksaan dengan institusi luar negara di sekolah/IPTA/IPTS, adakah saya dibenarkan hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut?

Dibenarkan. Sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan dibuka.

Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN dan masa mengikut lesen/permit yang diluluskan oleh Kementerian/Agensi/PBT dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan.

Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara dine-in (DENGAN PENJARAKAN FIZIKAL 1 METER ANTARA PELANGGAN), bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman). Waktu operasi dibenarkan dari 6.00 pagi hingga 2.00 pagi (tertakluk syarat lesen).

Saya perlu keluar rumah untuk beli makanan dan keperluan harian, bolehkah saya keluar dengan keluarga saya?

Boleh. Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan. Namun individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Adakah pengangkutan awam seperti Bas, e-hailing dan teksi boleh beroperasi?

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel, feri, kapal terbang, teksi/ e-hailing dan lain-lain pengangkutan awam DIBENARKAN beroperasi (mengikut syarat lesen) mengikut kapasiti kenderaan.

Back to top