Jika saya ada kecemasan, bolehkah saya keluar?

Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, penduduk dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

Bolehkah mesyuarat diadakan?

Tidak dibenarkan.

Adakah pusat jagaan kanak-kanak, tabika, tadika dan taska boleh beroperasi?

Tidak dibenarkan.

Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Semua aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan.

Adakah kelas tuisyen/kelas muzik/kelas bahasa dibenarkan beroperasi?

Tidak dibenarkan. Semua sekolah dan institusi pendidikan adalah ditutup.

Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara bawa pulang (take away) sahaja.

Waktu operasi dibenarkan dari 6.00 pagi hingga 6.00 petang.

Saya perlu keluar rumah untuk beli makanan dan keperluan harian, bolehkah saya keluar dengan keluarga saya?

Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masingmasing. 

Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dan menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah serta mendapat kelulusan daripada PDRM.

Pengecualian hanya diberikan kepada seorang (1) satu wakil dari setiap rumah untuk membeli barang keperluan di kedai runcit dalam kawasan PKPD.

Pengecualian diberikan dengan kebenaran PDRM untuk seorang (1) wakil bagi setiap rumah untuk keluar dari kawasan PKPD khusus untuk tujuan:

a) Mengeluarkan duit dari mesin-mesin ATM / bank; &

b) Membeli keperluan asas

Adakah pengangkutan awam seperti Bas, e-hailing, teksi dan perkhidmatan penghantaran makanan boleh beroperasi?

Tidak dibenarkan.

Back to top