Bolehkah mesyuarat diadakan?

Mesyuarat secara bersemuka bagi urusan rasmi/kerja yang diadakan di pejabat, hotel dan lain-lain institusi adalah dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan hanya 50% kapasiti bilik mesyuarat.

Adakah pusat jagaan kanak-kanak, tabika, tadika dan taska boleh beroperasi?

Pusat jagaan kanak-kanak, tabika, tadika dan taska dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/Agensi berkaitan.

Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

Adakah kelas tuisyen/kelas muzik/kelas bahasa dibenarkan beroperasi?

Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya. PENGECUALIAN DIBENARKAN secara individu (one to one). Aktiviti tersebut dibenarkan seperti biasa di zon hijau dalam kawasan PKPB.

Saya perlu menduduki peperiksaan dengan institusi luar negara di sekolah/IPTA/IPTS, adakah saya dibenarkan hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut?

Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara adalah DIBENARKAN untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Saya perlu keluar rumah untuk beli makanan dan keperluan harian, bolehkah saya keluar dengan keluarga saya?

Boleh. Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan. Namun individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Adakah pengangkutan awam seperti Bas, e-hailing, teksi dan perkhidmatan penghantara makanan boleh beroperasi?

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel, feri, kapal terbang, teksi/ e-hailing dan lain-lain pengangkutan awam DIBENARKAN beroperasi (waktu operasi mengikut syarat lesen) berdasarkan kapasiti kenderaan.

Perkhidmatan penghantaran makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan PKPB

Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan.

Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara dine-in (DENGAN PENJARAKAN 1 METER ANTARA PELANGGAN mengikut saiz meja), bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman). Waktu operasi dibenarkan dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (tertakluk syarat lesen).

Back to top