Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?

Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum Perintah ini diumumkan.

Sekiranya berlaku kematian di luar kawasan PKPB (bukan pesakit Covid-19), adakah dibenarkan untuk melawat dan menguruskan jenazah?

Bagi kes pengurusan jenazah di luar kawasan PKPB adalah DIBENARKAN dengan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM. Jumlah penumpang dalam kenderaan adalah bergantung kepada situasi kecemasan

Saya perlu keluar rumah untuk beli makanan dan keperluan harian, bolehkah saya keluar dengan keluarga saya?

HANYA TIGA (3) orang sahaja dalam kenderaan persendirian yang DIBENARKAN keluar sebagai wakil daripada satu (1) isi rumah bagi tujuan membeli/mendapatkan bekalan makanan (termasuk makan di restoran/kedai makan/dine-in)/keperluan asas dan lain-lain keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam,terbuka dan sesak

Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?

Restoran dan kedai makan DIBENARKAN beroperasi secara dine-in (DIHADKAN 2 - 4 ORANG SATU MEJA DENGAN PENJARAKAN 1 METER ANTARA PELANGGAN), bawa pulang (take away), penghantaran (delivery) atau pandu lalu dengan pematuhan kepada SOP Sektor Makanan (Perniagaan Berpremis, Penjaja Tanpa Premis, Pasar Berbangunan dan Peruncitan/Serbaneka Makanan & Minuman).

Adakah pengangkutan awam seperti Bas, e-hailing dan teksi boleh beroperasi?

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel dan teksi/ ehailing DIBENARKAN beroperasi. Individu yang menggunakan pengangkutan awam bagi tujuan rentas negeri/daerah selain tujuan ke tempat kerja perlu mendapatkan kebenaran PDRM.

Perkhidmatan teksi/ e-hailing (maksimum hanya dua (2) orang penumpang) dan penghantaran makanan DIBENARKAN beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh PKPB.

Saya perlu menduduki peperiksaan dengan institusi luar negara di sekolah/IPTA/IPTS, adakah saya dibenarkan hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut?

Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara adalah DIBENARKAN untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran

Adakah kelas tuisyen/kelas muzik/kelas bahasa dibenarkan beroperasi?

Tidak dibenarkan. Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbayar dan sebagainya.

Bagaimana dengan institut pengajian tinggi dan sekolah?

Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, pusat tahfiz dan sekolah ditutup dalam tempoh PKPB.

Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan?

Tidak dibenarkan. Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

Back to top