Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Jun 09, 2020 3:59:18 pm

Selaras dengan pelaksanaan PKPP dan kebenaran untuk membuka semula semua sektor serta aktiviti yang berkaitan di negeri ini, rakyat Pulau Pinang adalah diseru untuk terus berdisiplin dalam mematuhi SOP yang ditetapkan demi keselamatan diri, keluarga tersayang dan juga komuniti kita.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Jun 03, 2020 7:30:23 pm

The German-headquartered Bosch Group, which ranks Top 100 in the Global Fortune 500, has chosen Penang for its latest manufacturing investment. The new facility will focus on automotive semiconductor components and sensor testing. The facility, through Bosch Automotive Electronics, will be located on an approximately 100,000sqm land in Batu Kawan Industrial Park.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Jun 02, 2020 5:14:00 pm

Memandangkan sudah hampir empat (4) minggu kita berada dalam zon Hijau, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa bagi pembukaan semula taman-taman rekreasi di Pulau Pinang ia adalah dibenarkan bermula 6 Jun 2020, Sabtu sebagaimana senarai berikut: Taman Bandaraya (Youth Park); Taman Metropolitan Relau; Taman Botani Pulau Pinang; kawasan mendaki Bukit Jambul; aktiviti mendaki Bukit Bendera dari laluan warisan di kaki bukit stesen dan pintu jalan jeep Bukit Bendera (hanya untuk pejalan kaki).

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 21, 2020 2:19:00 pm

Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah Task Force ‘Program Komputer E-Pembelajaran’. Pelbagai inisiatif bakal dilaksanakan:- 1. Skim pinjaman peranti komputer; 2. Skim pemberian komputer terpakai; 3. Sokongan teknikal dan penyelenggaraan; 4. Program latihan literasi komputer; 5. Pemerkasaan komuniti melalui e-dialog dan e-forum; 6. Pembelian peranti komputer pada harga diskaun serta skim pembayaran ansuran tanpa faedah.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 15, 2020 1:38:45 pm

Kerajaan Negeri memperkenalkan sistem pendaftaran bagi pengesanan kontak, PGCare. PGCare hanya memerlukan 3 langkah mudah, iaitu:- (i) Imbas kod QR; (ii) Isi maklumat anda; dan (iii) Isytihar kepada pihak premis selepas anda check-in. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa, menggelakkan sentuhan, malah juga memastikan maklumat peribadi anda selamat serta tidak disalah gunakan.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 12, 2020 3:23:00 pm

‘Strategi Next Normal Pulau Pinang’ mempunyai empat misi utama dengan singkatan dalam Bahasa Inggeris C.A.R.E.: 1. Containing the pandemic (Mengekang pandemik) 2. Adapting our institution to the next normal (Mengadaptasi institusi kita kepada normal baru) 3. Rescuing people and the economy (Menyelamatkan rakyat dan ekonomi) 4. Empowering community (Memperkasakan komuniti) Setiap Exco, jabatan dan agensi negeri perlu merancang tindakan mereka seterusnya berdasarkan Misi C.A.R.E. dalam Strategi Next Normal Pulau Pinang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 06, 2020 5:13:00 pm

Walaupun kita sudah “clear”, jangan terlalu ‘rileks’ pula. Ramai pakar penyakit wabak telah memberi amaran bahawa gelombang ketiga akan datang sekiranya kita tidak berhati-hati menjaga amalan kesihatan awam seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sebagainya. Kerajaan negeri telah mengumumkan ‘Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang’ sebagai langkah membuka semula ekonomi negeri secara cermat.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 05, 2020 2:31:39 pm

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri sedia hadapi tindakan saman kerana melindungi nyawa 1.8 juta rakyat Pulau Pinang. Penang lawan COVID-19!

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

May 03, 2020 4:29:00 pm

Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang: Rakyat Pulau Pinang diingatkan bahawa PKP masih belum tamat sehingga 12 Mei 2020. Justeru, semua aktiviti luar rumah selain pekerjaan yang dibenarkan, adalah dilarang. Kecuali dinyatakan dengan jelas dalam jadual ‘Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang’ yang bakal diumumkan, semua sektor hanya dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja persiapan mematuhi SOP dalam Fasa 1, dan operasi penuh berpandukan SOP MKN hanya boleh dilaksanakan dalam Fasa 2 iaitu 8 Mei 2020.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 29, 2020 3:09:28 pm

Di Pulau Pinang, selain usaha oleh Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri yang menyelaraskan kerja-kerja melawan COVID-19 di negeri ini dan juga kempen Penang Lawan COVID-19, barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memainkan peranan utama dalam porftolio masing-masing.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 25, 2020 4:44:46 pm

The first job of the tourism taskforce is to listen to our industry players and stakeholders. We want to solicit your ideas, views and hear your predicament. From thence, we will formulate a statewide policy to deal with the next normal in our tourism.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 23, 2020 3:42:53 pm

Kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai dobi yang telah membuat permohonan dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) adalah dibenarkan beroperasi pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam berkuat kuasa esok, 24 April 2020 (hari Jumaat).

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 22, 2020 3:05:21 pm

Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menubuhkan ‘Pasukan Kerja Next Normal Pelancongan Pulau Pinang’ ataupun ‘Tourism Penang Next Normal Taskforce’. Pasukan kerja ini berperanan mengumpul pandangan pemegang taruh sektor berkaitan pelancongan di Pulau Pinang, dan merangka strategi untuk memastikan kelangsungan sektor ini dalam situasi ‘Next Normal’ yang kita hadapi.

SME dalam Strategi Next Normal Pulau Pinang

Apr 21, 2020 3:41:54 pm

Strategi ekonomi merupakan salah satu daripada tiga cabang pembaharuan dalam ‘Strategi Next Normal Pulau Pinang’, iaitu pembaharuan institusi, ekonomi dan sosial negeri Pulau Pinang. Saya berharap pemetaan strategi ekonomi ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat Pulau Pinang, dan pasaran secara amnya bahawa Kerajaan Negeri sentiasa membuat perancangan awal bagi memastikan kepentingan rakyat serta negeri Pulau Pinang terpelihara.

Digital Penang PLC19 eCrowdSource: Hacking the Next Normal Roundtable

Apr 20, 2020 2:27:00 pm

Penang State Government is rolling out our “Penang Next Normal Strategy” to address the new situation that we are already facing due to Covid-19. I believe that we will survive this so-called new normal. Nevertheless, as a state and as a country, we must not only survive, we must aim to thrive. We must empower the citizens of Penang and Malaysia to continue pursuing their aspirations in spite of the new challenges we may face.

ADUN SPEAKS | Covid-19 impact management strategies in Penang

Apr 19, 2020 1:27:00 pm

In the economic sector, we are aware that Penang and Malaysia may not be as dynamic as China where global market spending has been balanced by its domestic market expansion. Hence, economically, the two-pronged focus of ‘Penang Next Normal Strategies’ is to ensure the economic growth of Penang through the implementation of public projects as well as strengthening our SME sector.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 18, 2020 4:02:24 pm

Dalam aspek ekonomi, fokus serampang dua mata ‘Strategi Next Normal Pulau Pinang’ adalah untuk memastikan pemacuan ekonomi Pulau Pinang melalui pelaksanaan projek-projek awam dan juga pengukuhan sektor SME kita.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 17, 2020 1:27:00 pm

Kita mesti memupuk semangat #kitajagakita untuk membina solidariti dengan kelompok masyarakat yang memerlukan. Semua ini memerlukan usaha seluruh masyarakat dan saya menyeru agar semua pihak bersama-sama menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, lebih sihat dan lebih peduli. Saya yakin, melalui usaha kita semua, negeri Pulau Pinang akan mampu untuk keluar daripada krisis ini dan terus berkembang maju serta cemerlang.

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 15, 2020 2:31:50 pm

Setakat 11 April 2020, Kerajaan Negeri telah mengedarkan 1,311,300 pelitup muka kepada barisan hadapan dan golongan masyarakat perlu yang disalurkan menerusi wakil-wakil rakyat setempat. Bagi PPE, jumlah keseluruhan 30,510 yang diterima pihak Kerajaan Negeri sebelum ini telah 100 peratus disalurkan kepada pihak-pihak perlu; begitu juga 309,700 sarung tangan dan sarung kasut; penyerahan peralatan serta kelengkapan lain seperti termometer, pensanitasi tangan dan face shield diteruskan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah komitmen kami dalam bersama-sama memenangi pertempuran ini!

Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

Apr 13, 2020 12:43:00 pm

Jika kita tidak memastikan keselamatan serta kesihatan komuniti migran di negeri kita, maka secara tidak langsung, kita tidak akan dapat mematahkan rantaian perebakan virus ini. Dan jika kita tidak dapat mematahkannya, maka akhirnya rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia juga yang akan terkesan.

Back to top