EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH), YB Yeoh Soon Hin telah memulakan sistem akreditasi bagi kesiapsiagaan Pasca COVID-19 untuk memperkasa langkah pencegahan COVID-19 yang dijalankan oleh penggiat-penggiat industri pelancongan Pulau Pinang. Pejabat PETACH terus mengorak langkah dalam usaha memulihkan ekonomi sektor pelancongan dan Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang memulakan inisiatif ini. Objektif utama program akreditasi ini adalah untuk memberi keyakinan kepada pelawat - pelawat untuk berkunjung ke Pulau Pinang.

Akreditasi ini akan diberikan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Negeri Pulau Pinang (PETACH), dan Penang Global Tourism (PGT). Pihak berkenaan akan menjalankan proses audit yang menyeluruh untuk memastikan semua garis panduan dan prosedur operasi standard dipatuhi untuk kelulusan permohonan akreditasi tersebut.

Sektor industri pelancongan Pulau Pinang seperti hotel, tempat daya tarikan dan pengusaha pelancongan layak untuk menyertai program akreditasi ini. Pihak yang telah memenuhi SOP akreditasi ini akan diberi logo rasmi untuk dipamerkan di premis mereka serta untuk kegunaan promosi dan pemasaran. Mempamerkan logo akreditasi di premis hotel dan tempat daya tarikan akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang. JKNPP, MBPP, MBSP, PETACH dan PGT akan menjalankan pemeriksaan berterusan untuk memastikan pihak - pihak berkenaan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Mereka yang berhasrat untuk memohon, sila hantar permohonan anda kepada covid19accreditation@penangglobaltourism.com.

    George Town
    1. Bayview Hotel Georgetown Penang
    2. Cititel Penang
    3. Eastern & Oriental Hotel
    4. Hotel Neo+ Penang
    5. Mei Hotel Penang
    6. SAVV Hotel
    7. Sunway Hotel Georgetown
    8. The Edison Hotel
    9. Cititel Express Penang
    10. The Wembly
    11. Ropewalk Piazza Hotel (PHC)
    12. Hutton Central Hotel (PHC)
    13. Macalister Hotel (PHC)
    14. Cheong Fatt Tze Mansion
    15. Jen Hotel
    16. Campbell House Penang
    17. The Prestige Hotel
    18. Red Rock Hotel
    19. M Summit 191
    20. Royale Chulan Penang
    21. Areca Hotel Penang
    22. Vouk Hotel
    23. Kimberly Hotel
    24. Courtyard by Marriott Penang
    25. Travelodge Georgetown
    Persiaran Gurney (Gurney Drive)
    1. Evergreen Laurel Hotel
    2. G Hotel
    3. Berjaya Hotel
    Tanjung Bungah & Teluk Bahang
    1. Bayview Beach Resort
    2. DoubleTree Resort by Hilton Penang
    3. Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang
    4. Hompton By the Beach
    5. PARKROYAL Penang Resort
    6. Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
    7. Mercure Penang Beach
    8. Lone Pine Hotel
    Bayan Lepas
    1. Eastin Hotel Penang
    2. Hotel Equatorial Penang
    3. Olive Tree Hotel
    4. U Hotel
    5. Lexis Suite Penang
    Seberang Perai
    1. Grand Orient Hotel
    2. Iconic Hotel
    3. Sunway Hotel Seberang Jaya
    4. The Light Hotel
    5. Ixora Hotel
    6. Galaxy Hotel
  1. Entopia by Penang Butterfly Farm
  2. ESCAPE, Penang
  3. TeddyVille Museum Penang
  4. The Habitat Penang Hill
  5. David Brown’s Restaurant
  6. The TOP
  7. Penang Hill Corporation
  1. Gurney Plaza
  2. Queensbay Mall
  3. Design Village
  4. Gurney Paragon Mall
  5. Sunway Carnival Mall
  6. Juru Auto City

Disclaimer

Akreditasi ini adalah satu bentuk pengiktirafan yang dilaksanakan sehubungan dengan PEMATUHAN oleh syarikat / pihak yang berkenaan terhadap usaha dan peraturan yang diwajibkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam upaya menyekat penyebaran virus Covid-19. Akreditasi ini sama sekali bukan satu jaminan sepenuhnya terhadap kemungkinan penularan Covid-19 pada bila-bila masa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau mana-mana pihak yang terlibat dalam proses penilaian dan akreditasi ini tidak membuat perwakilan, waranti atau jaminan mengenai logo akreditasi tersebut. Risiko akan tetap wujud dalam sistem akreditasi ini. Walaubagaimanapun pemilik-pemilik premis akan bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diamalkan dan akan terus dilaksanakan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang tanggungjawab terhadap tuntutan berkenaan dengan sebarang kejangkitan, kecederaan atau kerosakan harta benda dan sebagainya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

The Penang State EXCO for Tourism, Arts, Culture and Heritage (PETACH), YB Yeoh Soon Hin has initiated the COVID-19 safety accreditation programme to strengthen preventive measures undertaken by Penang’s tourism industry players. Taking a step ahead during this recovery period, Penang is the first state in Malaysia to kickstart this initiative by the Penang State Government and lead by PETACH. The main objective of the accreditation programme is to instil the confidence in travellers visiting Penang.

This accreditation is issued to tourism industry establishments that meet and adhere to strict hygiene and safety standards set by the local authorities, namely Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Penang State EXCO Office for Tourism, Arts Culture & Heritage (PETACH) and Penang Global Tourism (PGT). These authorities will firstly carry out a thorough audit to ensure all standards are fulfilled before validating them to receive the COVID-19 safety accreditation from PETACH.

Penang’s tourism industry sectors such as hotels, attractions and tour operators are eligible to partake in this accreditation programme. Those who have fulfilled the COVID-19 safety accreditation standard will be given the official certification mark or logo to be displayed at their premises and for use in advertising and promotional materials. Displaying the certification mark visibly at the premises of hotels and attractions will give travellers the confidence and peace of mind during their stay in Penang. JKNPP, MBPP, MBSP, PETACH & PGT will carry out continuous checks on those who have received the accreditation to ensure the standards are met and maintained.

Those interested can send their application to covid19accreditation@penangglobaltourism.com for approval.

    George Town
    1. Bayview Hotel Georgetown Penang
    2. Cititel Penang
    3. Eastern & Oriental Hotel
    4. Hotel Neo+ Penang
    5. Mei Hotel Penang
    6. SAVV Hotel
    7. Sunway Hotel Georgetown
    8. The Edison Hotel
    9. Cititel Express Penang
    10. The Wembly
    11. Ropewalk Piazza Hotel (PHC)
    12. Hutton Central Hotel (PHC)
    13. Macalister Hotel (PHC)
    14. Cheong Fatt Tze Mansion
    15. Jen Hotel
    16. Campbell House Penang
    17. The Prestige Hotel
    18. Red Rock Hotel
    19. M Summit 191
    20. Royale Chulan Penang
    21. Areca Hotel Penang
    22. Vouk Hotel
    23. Kimberly Hotel
    24. Courtyard by Marriott Penang
    25. Travelodge Georgetown
    Persiaran Gurney (Gurney Drive)
    1. Evergreen Laurel Hotel
    2. G Hotel
    3. Berjaya Hotel
    Tanjung Bungah & Teluk Bahang
    1. Bayview Beach Resort
    2. DoubleTree Resort by Hilton Penang
    3. Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang
    4. Hompton By the Beach
    5. PARKROYAL Penang Resort
    6. Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
    7. Mercure Penang Beach
    8. Lone Pine Hotel
    Bayan Lepas
    1. Eastin Hotel Penang
    2. Hotel Equatorial Penang
    3. Olive Tree Hotel
    4. U Hotel
    5. Lexis Suite Penang
    Seberang Perai
    1. Grand Orient Hotel
    2. Iconic Hotel
    3. Sunway Hotel Seberang Jaya
    4. The Light Hotel
    5. Ixora Hotel
    6. Galaxy Hotel
  1. Entopia by Penang Butterfly Farm
  2. ESCAPE, Penang
  3. TeddyVille Museum Penang
  4. The Habitat Penang Hill
  5. David Brown’s Restaurant
  6. The TOP
  7. Penang Hill Corporation
  1. Gurney Plaza
  2. Queensbay Mall
  3. Design Village
  4. Gurney Paragon Mall
  5. Sunway Carnival Mall
  6. Juru Auto City

Disclaimer

This accreditation is a form of recognition made in regard to the COMPLIANCE made by companies/parties towards the efforts and regulations imposed by the state government in the effort to curb the spread of Covid-19. This accreditation is by no means a form of assurance and complete guarantee against the possibility of Covid-19 contagion at any time. The Penang State Government or any parties involved in the grading and accreditation process are not making any representations, warranties or guarantees about the logo. The risk remains even through this accreditation, and the premise owner assumes full responsibility in ensuring that the appropriate safety measures are continuously taken and practiced.

Penang State Government disclaims liability and all claims with respect to any sickness or injury to persons or to property, or other damages of any nature in future.

Back to top